JOM KLIK UNTUK SUPPORT BLOGGER

Saturday, May 15, 2010

MALAYSIA TEWAS KEPADA CHINA DI SEPARUH AKHIR









Seperti yang telah banyak pihak ramalkan Malaysia akan tewas kepada China pada pertemuan separuh akhir. Semuanya berakhir apabila single kedua telah tewas kepada ayam sabung negara China yang hebat. Saya tidak kata Malaysia adalah pasukan belasahan yang telah kena belasah bukan oleh pasukan China tetapi oleh penyokong sendiri yang kebanyakannya berang dek kekalahan tersebut. Apa yang saya ingin katakan ialah pasukan Malaysia ialah satu satu pasukan yang mantap dari segi fizikal dan mental serta logistik(apa kaitannya???). Namun demikian pasukan China lebih hebat berbanding pasukan Malaysia dari banyak segi.

kalau dinilai perlawanan antara Datuk Lee dan Lin Dan, setiap pergerakan Datuk telah dibaca oleh Lin dan. ke kiri ke kanan atau depan ke belakang. Bukan sahaja Lin Dan mampu membaca pergerakan Datuk Lee tetapi dia juga dapat melihat sudut kelemahan Datuk Lee. kebanyakan mata yang dipungut oleh Lin Dan bukan dari smash yang tajam atau laju tetapi tipu daya yang ditunjukan. Kalau di lihat pada fizikal Lin Dan yang sangat mantap manakala Datuk Lee yang agak kurus sebenarnya ini juga menjadi ukuran kepada kejayaan Lin Dan.

Tak perlu kita kutuk-kutuk pasukan Malaysia bagaimana mereka boleh kalah. Jangan! seharusnya kita kirimkan banyak-banyak surat cadangan yang bernas  ke BAM. Lepas tu biarlah BAM fikir-fikir mana yang terbaik. Lepas ni lama lagilah kita akan merangkul Piala Thomas. sebab seolah-olah selepas Datuk Lee bersara tiada penganti yang setaraf dengan Datuk Lee atau lebih tinggi daripada dia.

Encik Thomas.............oh encik Thomas.......






No comments:

Post a Comment