JOM KLIK UNTUK SUPPORT BLOGGER

Wednesday, May 19, 2010

Pendapatan Sampingan???

kalau anda berminat dengan internet dan berminat untuk memasarkan produk anda tiada salahnya jika anda mendownload powerpoint ini. percuma. kalau berminat jangan contact no tu. itu kawan saya. email saja saya ok. daritawaujo@yahoo.com

Tuesday, May 18, 2010

BN 3 LAWAN 9 PR (masa tamat 2 tahun lebih)


Selepas keputusan pilihanraya kecil Sibu berlangsung sekarang kedudukan masih berpihak pasukan PR fc. setelah berhempas pulas mempertahankan pintu gol di Hulu Selangor dan menyebabkan BN fc berjaya menjaringkan gol, PR fc bangkit menyerang balas (counter attack) dan menghasilkan gol. Sekarang PR fc bersorak dengan gahnya walau pun tergamam seketika dengan jaringan BN fc sebelumnya. Masa penamat terlalu lama lagi dan pengadil (SPR) seolah-olah menyebelahi pasukan BN fc. Namun demikian penyokong kedua-dua pihak tidak berputus asa memberikan sokongan yang padu.

Saturday, May 15, 2010

MALAYSIA TEWAS KEPADA CHINA DI SEPARUH AKHIR









Seperti yang telah banyak pihak ramalkan Malaysia akan tewas kepada China pada pertemuan separuh akhir. Semuanya berakhir apabila single kedua telah tewas kepada ayam sabung negara China yang hebat. Saya tidak kata Malaysia adalah pasukan belasahan yang telah kena belasah bukan oleh pasukan China tetapi oleh penyokong sendiri yang kebanyakannya berang dek kekalahan tersebut. Apa yang saya ingin katakan ialah pasukan Malaysia ialah satu satu pasukan yang mantap dari segi fizikal dan mental serta logistik(apa kaitannya???). Namun demikian pasukan China lebih hebat berbanding pasukan Malaysia dari banyak segi.

kalau dinilai perlawanan antara Datuk Lee dan Lin Dan, setiap pergerakan Datuk telah dibaca oleh Lin dan. ke kiri ke kanan atau depan ke belakang. Bukan sahaja Lin Dan mampu membaca pergerakan Datuk Lee tetapi dia juga dapat melihat sudut kelemahan Datuk Lee. kebanyakan mata yang dipungut oleh Lin Dan bukan dari smash yang tajam atau laju tetapi tipu daya yang ditunjukan. Kalau di lihat pada fizikal Lin Dan yang sangat mantap manakala Datuk Lee yang agak kurus sebenarnya ini juga menjadi ukuran kepada kejayaan Lin Dan.

Tak perlu kita kutuk-kutuk pasukan Malaysia bagaimana mereka boleh kalah. Jangan! seharusnya kita kirimkan banyak-banyak surat cadangan yang bernas  ke BAM. Lepas tu biarlah BAM fikir-fikir mana yang terbaik. Lepas ni lama lagilah kita akan merangkul Piala Thomas. sebab seolah-olah selepas Datuk Lee bersara tiada penganti yang setaraf dengan Datuk Lee atau lebih tinggi daripada dia.

Encik Thomas.............oh encik Thomas.......