JOM KLIK UNTUK SUPPORT BLOGGER

Wednesday, February 17, 2010

MALAYSIA BAKAL KEHABISAN AIR?! PERHATIKAN KEBENARANNYA....

DIPETIK DARI TRANUNGKITE.NET


WILAYAH Johor: Gaduh rebut air
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

PENDUDUK di sekitar pekan Paloh menggunakan apa saja bekas untuk mengisi air.


Polis dipanggil ke kawasan agihan pastikan keadaan terkawal

PALOH: Beberapa penduduk yang tertekan akibat masalah kekurangan bekalan air di pekan ini, sejak ia terputus seminggu lalu, sanggup bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri berikutan berebut bekalan air yang dibekalkan Syarikat Air Johor (SAJ).

Kejadian yang berlaku Isnin lalu itu disebabkan kekecewaan penduduk terhadap kekurangan bekalan air yang dibekalkan SAJ sehingga mereka terpaksa berebut-rebut bagi mendapatkan bekalan air bersih yang menyebabkan pertikaman lidah tercetus dan tumbuk-menumbuk berlaku.



Berikutan itu, polis daripada balai berhampiran terpaksa ditempatkan di kawasan orang ramai mendapatkan bekalan air bagi memastikan keadaan terkawal dan tiada perebutan berlaku.

Seorang penduduk, Hamzah Mohamad, 67, yang juga pemilik restoran berkata, penduduk kecewa apabila SAJ tidak menepati janji untuk menghantar air secukupnya di kawasan berkenaan sehingga pergaduhan tercetus sedangkan penduduk di situ saling mengenali dan rapat.

“Bila kita (penduduk) telefon SAJ mereka kata kawasan Paloh tidak terbabit dalam catuan seperti yang diumumkan tetapi sudah seminggu air langsung tidak ada. Bila kita minta bekalan air, SAJ kata akan datang tetapi tunggu punya tunggu langsung tak nampak pun, adalah dalam dua kali SAJ hantar air tapi mana nak cukup.

“Cuba bayangkan, SAJ kali terakhir hantar bekalan air Sabtu lalu, hari ini dah hari apa? Saya telefon SAJ sudah berpuluh kali, semalam dia kata air akan dihantar malam, penduduk tunggu sampai 3 pagi tapi tidak sampai-sampai, siapa yang tidak mengamuk kalau macam ini. Awak bayangkan saya sendiri sudah empat hari tidak mandi sebab air tidak cukup.

“Jika Singapura pun tidak pernah terputus dan dicatu air sebab bekalan yang negara kita hantar cukup, kenapa rakyat negara ini pula terpaksa berebut air," katanya ketika ditemui, kelmarin. 

Tinjauan ke kawasan Paloh yang merangkumi tiga perkampungan dan lima taman perumahan dengan jumlah penduduk melebihi 5,000 orang mendapati penduduk sekitar sudah bersiap sedia dengan tong dan bekas air sejak pagi lagi di hadapan kawasan pasar di Jalan Temenggong menanti kedatangan SAJ bagi mendapatkan bekalan air bersih.

Kira-kira jam 12.35 tengah hari, sebuah treler SAJ memasuki kawasan berkenaan dan penduduk dilihat berpusu-pusu ke arahnya bagi mendapatkan bekalan air sebelum dua treler lagi dan sebuah lori tangki kecil muncul kemudian.

Seorang lagi penduduk, Mohd Yunus Kooya yang juga seorang pekebun berkata, penduduk kecewa apabila air penghantaran pertama yang dibuat SAJ beberapa hari lalu menggunakan treler tidak boleh diguna kerana bercampur dengan minyak.

“Penduduk tidak kisah dengan pengangkutan yang digunakan bagi membawa bekalan air, tetapi apa yang dikesalkan treler yang digunakan tidak dibersihkan dulu sehingga bekalan air yang kami dapat bercampur minyak.

“Mana boleh nak dibuat mandi, nak guna masak lagilah bimbang tapi tidak kisah jugalah daripada air tiada langsung. Sepatutnya, SAJ membuat penghantaran air dengan lebih bersistematik dan berjadual supaya kami tidak membuang masa menunggu bekalan saja kerana banyak kerja lain boleh dilakukan," katanya 

No comments:

Post a Comment